FootEase Gel Cushion Range dan FootEase Comfort Insole Range merupakan satu produk untuk keselesaan kaki pemakai.Bagi FootEase Gel Cushion,ia memberikan penyerapan yang lembut bagi tumit kaki.bBagi FootEase Comfort Insole pula,ia pula dapat mengelakkan masalah kaki berbau akibat perpeluhan dan memastikan kaki sentiasa kering dan selesa.Ia sesuai digunakan dalam tempoh waktu yang panjang bagi mengekalkan keselesaan.
Iklan ini memfokuskan pengguna sasaran iaitu wanita dimana mereka lebih gemar menggunakan kasut tumit tinggi.Walaubagaimanapun,Produk ini juga sangat sesuai untuk lelaki.Ini kerana pengguna lelaki juga selalunya mempunyai masalah bau kaki akibat terperap terlalu lama samada semasa bekerja mahupun semasa bersukan.Selain itu, produk ini juga penting bagi memanjakan kaki pengguna terutama sekali pengguna lelaki yang terlalu bergerak aktif.
FootEase Cushion pula memastikan pengguna lelaki sentiasa berada di dalam keadaan selesa setelah seharian di pejabat mahupun semasa bersukan ataupun beriadah.Produk ini mampu menjadikan kaki pengguna lebih sihat dan selesa sepanjang hari walaupun pada hari-hari yang sibuk.