Tuesday, January 22, 2008

EXERCISE 1



Bousch & Lombs merupakan salah satu produk kanta lekap yang paling digemari kerana keselesaannya.Ia merupakan produk yang paling penting dalam kehidupan seharian saya kerana ia berkait rapat dengan masalah rabun jauh yang saya hidapi.Ia juga pelengkap hidup saya selain menggunakan cermin mata.Kanta lekap merupakan sejenis plastik yang tipis dan jernih serta berbentuk bulat melengkung bagi menutupi kornea mata.



Kanta lekap jenis Bousch & Lomb jenis Softlens sangat sesuai dengan saya kerana saya mempunyai jenis mata yang sensitif.Kanta lekap yang lembut ini memberikan keselesaan yang tinggi kepada saya dan mempunyai kelembapan sepanjang hari ke atas mata saya dan tidak memberikan tekanan.


Walaubagaimanapun, pemakaian kanta lekap memerlukan penjagaan yang rapi supaya kornea mata tidak dijangkiti kuman atau fungus.Ini bagi mengelakkan pemakai dijangkiti penyakit ketarak yang mengganggu penglihatan mata.Oleh itu, penting membersihkan kanta lekap dan jari setiap kali sebelum dan sesudah memakai kanta lekap bagi mengelakkan kuman.


Harga bagi kanta lekap jenis ini juga sangat berpatutan iaitu RM20 sepasang dan RM55 sekotak yang mengandungi 3 pasang kanta lekap bagi bekalan selama 3bulan.



No comments: