Monday, February 4, 2008

Exercise 5



Banner ini di ambil daripada laman web free-banners.com. Free-banners.com merupakan laman web untuk memberi kemudahan kepada pengguna membuat banner dengan percuma. Walau bagaimanapun, banner yang saya ambil ini merupakan banner yang akan membawa pengguna ke laman web http://www.ideawonderful.com/. Apabila pengguna klik pada banner ini, pengguna akan di hubungkan ke laman tersebut iaitu sebuah laman web yang menyediakan kemudahan memberikan idea kepada pengguna tentang pemberian hadiah yang sesuai kepada orang tertentu, masa tertentu dan tempat tertentu. Turut terdapat dalam laman web ini, ialah peluang untuk pengguna membeli belah serta membuat pemerhatian ke atas barang atau hadiah yang ingin dibeli.
Saya tertarik untuk memilih banner ini kerana terdapat animasi bergerak serta teks bergerak. Gabungan warna yang contrast iaitu merah, biru, kuning dan putih serta grafik hadiah dan kartun yang menarik juga memberi daya tarikan tersendiri untuk saya melihat banner ini dengan lebih teliti. Banner ini memberikan suasana ceria untuk saya melihatnya.

No comments: