Tuesday, March 25, 2008

EXERCISE 8

Iklan yang dipaparkan adalah iklan produk Milo Fuze Ice Cool."Uniques Selling Proposition" atau USP bagi produk ini adalah '10 saat pasti cool'.Di dalam iklan Milo ini,ia menjanjikan pelanggan akan berasa cool dan segar dalam masa 10 saat apabila minum Milo Fuze Ice Cool.Ia akan menyegarkan badan pengguna apabila diminum pada hari yang panas.Kebiasaannya apabila ingin membancuh air Milo, pengguna perlu menggunakan air panas.Namun,dengan menggunakan Milo Fuze Ice Cool,pengguna dapat menikmati kesegarannya apabila ia boleh dibancuh dengan menggunakan air yang sejuk.Ini akan menambahkan lagi kesegaran pengguna.Sememangnya pengguna akan berasa segar dengan lebih cepat apabila ia dibancuh dengan menggunakan air sejuk serta ia akan menjimatkan masa

Tuesday, March 18, 2008

EXERCISE 7

Iklan ini merupakan iklan berbentuk perkhidmatan atau servis pasca bayar Maxis.
Pengguna sasaran terdiri daripada pengguna Maxis yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih daripada Maxis dan mendapat penjimatan yang hebat sehingga 50%.Oleh kerana ia menawarkan perkhidmatan pasca bayar yang memerlukan pengguna mendaftar dan membayar jumlah penggunaan setiap bulan,ia memfokuskan kepada pengguna yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.





Iklan ini berbentuk periklanan produk bagi mempromosikan sesuatu produk.Ia mempromosikan produk gajet berteknologi yang semakin penting bagi pengguna iaitu PenDrive berjenama KLiK.Pengguna sasaranbagi produk ini adalah di kalangan pelajar dan juga pekerja yang memerlukan pendrive untuk menyimpan data.Oleh kerana ia didatangkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 2GB,4GB dan 8GB, ia juga ditujukan untuk pengguna yang gemar menyimpan fail-fail yang besar seperti muzik,filem dan sebagainya.I didatangkan dengan saiz fizikal yang kecil supaya memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.




Iklan ini berbentuk periklanan "point of view"."Save the Manatee Club" merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan penting di dalam memastikan hidupan laut yang semakin terancam mendapat penjagaan yang sewajarnya.Iklan ini mengenai kesedaran alam sekitar dan pentingnya memulihara hidupan laut seperti singa laut, paus biru dan sebagainya.Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah seluruh masyarakat terutamanya pencinta-pencinta alam dan hidupan laut.Selain itu,golongan pengusaha zoo dan 'underwaterworld' juga menjadi sasaran utama iklan ini kerana ia bertujuan untuk memulihara hidupan laut yang hampir pupus supaya dapat meneruskan habitatnya dengan cara yang lebih selamat.Ini kerana di zoo dan 'underwaterworld',hidupan ini mendapat perlindungan dan rawatan secukupnya kerana disitu mempunyai golongan pakar perubatan veterinar yang pastinya akan menjaga hidupan ini dengan baik.

Exercise 7


Produk yang diiklankan adalah "VAIO CR35 Notebook PC" berjenama Intel Core 2 Duo Processor T8100. Iklan ini disasarkan kepada individu yang menggunakan teknologi maklumat sebagai satu keperluan untuk pembelajaran mahupun pekerjaan. Produk ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej mahupun IPTA berusia 18 tahun ke atas serta sesuai digunakan oleh orang dewasa yang bekerjaya dan berpendapatan sederhana dan ke atas. Sangat sesuai bagi pelajar mahupun orang dewasa yang mempunyai gaya hidup moden dan "trendy" dan mahu kemudahan teknologi komunikasi yang canggih serta mudah dibawa.




Perkhidmatan yang diiklankan ini adalah sebuah organisasi "Nationwide" yang memberi khidmat nasihat insurans dan kewangan kepada masyarakat umum. Ini kerana organisasi ini menganggap bahawa terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi yang kita tidak jangkakan. Contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Khalayak sasaran bagi iklan dalam bentuk perkhidmatan ini adalah golongan dewasa berusia 25 tahun ke atas, telah berumahtangga atau mempunyai kehidupan berkeluarga, berpendapatan sederhana dan ke atas, serta mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam kehidupan.


Iklan dalam bentuk "point of view" ini adalah iklan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena dengan pelancaran kempen anti merokok. Iklan ini memaparkan tag line "TAK NAK! SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH" dengan imej individu yang sedang menghisap rokok.

Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah kepada semua golongan terutamanya remaja serta penghisap rokok tegar dari pelbagai bangsa dan agama. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan pelbagai kempen periklanan supaya masyarakat sedar tentang bahaya merokok serta kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Setiap sedutana asap rokok memberi kesan negatif kepada paru-paru dan terdedah kepada kanser paru-paru. Dengan terhasilnya iklan ini, di harap masyarakat lebih sedar tentang bahaya merokok.

Exercise 6

1) Trackback

Trackback adalah satu daripada tiga jenis linkbacks, merupakan kaedah bagi pengarang web untuk diberitahu atau mendapatkan maklumat dari web apabila seseorang memasuki atau berhubung dengan salah satu daripada dokumen pengarang. Ini membolehkan pengarang mengesan jejak siapa yang memasuki web atau dokumen pengarang untuk membuat rujukan.

Sesetengah perisian program weblog seperti wordpress, movable type, typo dan community server, secara automatik menyokong pingbacks di mana semua artikel yang diterbitkan boleh dipapar apabila diterbitkan.

2) Digg

Digg merupakan laman web popular bagi berita artikel berunsur kemasyarakatan. Meupakan gabungan social bookmarking, blogging dan syndication beserta gaya atau bentuk bukan hirarki, dan kawalan editor yang demokratik.


Ini bermakna laman web dan cerita-cerita baru yang dihantar oleh pengguna akan dipaparkan di muka hadapan laman web melalui user-based ranking system. Digg berbeza dengan sistem editor hirarki yang mana lebih banyak mengetengahkan berita-berita urusan kerja.

3) Tag

Tag merupakan kata kunci yang digunakan untuk mencari maklumat sama ada gambar, peta, video dan sebagainya. Ini membolehkan maklumat yang dicari dikelaskan mengikut kata kunci yang dipilih. Tag biasanya digunakan untuk mencari maklumat dari sumber seperti fail komputer, laman web, imej digital dan internet bookmarks.

4) Typelist

Typelist merupakan satu peralatan untuk menambah dan mengurus penambahan maklumat penting dalam laman web pengguna supaya kelihatan lebih unik dan mempunyai identiti tersendiri pemiliknya. TypePad membolehkan pengguna secara automatik mencipta typelist dalam mana-mana tajuk kegemaran pengguna seperti buku kegemaran, lagu, laman web, blog, atau lain-lain media yang dikehendaki. Dengan adanya typelist, pengguna boleh memberi peluang untuk pelayar internet turut sama berkongsi sebarang tajuk kegemaran pemilik web. Contoh reading typelist adalah title, author, notes dan rating.


Dengan adanya typelist pengguna boleh menambah sebarang item dalam laman web sendiri tanpa sebarang suntingan dalam HTML atau templates.

5) Blogroll

Blogroll merupakan senarai bagi pelbagai blog. Pemilik blog akan menyenaraikan blog-blog kegemarannya di bahagian sidebar pada blog miliknya.

6) Mashup

Mashup merupakan aplikasi web yang menggabungkan data daripada pelbagai sumber kepada satu alat cantuman.

7) Del.icio.us

Del.icio.us adalah perkhidmatan web social bookmarking untuk menyimpan, berkongsi, dan menemukan web bookmarks. Laman ini dijumpai oleh Joshua Schachter pada akhir 2003 dan terdapat dalam yahoo pada 2005.

Del.icio.us menggunakan sistem kata kunci mangikut kategori yang tidak berhirarki, di mana pengguna boleh tag pada setiap bookmarks menggunakan nombor kata kunci secara bebas.

8) Social media

Social media merupakan kepelbagaian aktiviti yang mencantumkan teknologi, interaksi sosial, dan arahan bagi perkataan dan gambar. Social media menggunakan “wisdom of crowds” untuk menghubungkan maklumat dalam usahasama yang pelbagai. Terdapat pelbagai bentuk social media termasuklah internet forums, message boards, weblogs, wikis, podcasts, gambar dan video.

9) Social bookmarking

Social bookmarking adalah kaedah bagi pengguna internet untuk menyimpan, mengatur, mencari, dan mengurus bookmarks bagi laman web di internet dengan bantuan metadata. Bookmarks pula merupakan lokasi laman web (URLs) yang boleh dicapai.

Dalam sistem social bookmarking, pengguna akan menyimpan laman web yang dikehendaki sebagai rujukan atau untk dikongsi dengan pengguna lain. Bookmars biasanya adalah untuk umum, tetapi boleh disimpan untuk tujuan peribadi dan dikongsi dengan pengguna atau kumpulan tertentu dalam satu rangkaian.

10) Social Media Optimization (SMO)

Social media optimization (SMO) merupakan satu set kaedah untuk menyampaikan satu pengumuman atau publisiti dalam laman melalui social media, komuniti online, dan laman web komuniti. Kaedah dalam SMO termasuklah menambahkan RSS feeds, menambahkan butang “Digg This”, blogging, video dalam youtube dan sebagainya.