Tuesday, March 18, 2008

Exercise 7


Produk yang diiklankan adalah "VAIO CR35 Notebook PC" berjenama Intel Core 2 Duo Processor T8100. Iklan ini disasarkan kepada individu yang menggunakan teknologi maklumat sebagai satu keperluan untuk pembelajaran mahupun pekerjaan. Produk ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej mahupun IPTA berusia 18 tahun ke atas serta sesuai digunakan oleh orang dewasa yang bekerjaya dan berpendapatan sederhana dan ke atas. Sangat sesuai bagi pelajar mahupun orang dewasa yang mempunyai gaya hidup moden dan "trendy" dan mahu kemudahan teknologi komunikasi yang canggih serta mudah dibawa.




Perkhidmatan yang diiklankan ini adalah sebuah organisasi "Nationwide" yang memberi khidmat nasihat insurans dan kewangan kepada masyarakat umum. Ini kerana organisasi ini menganggap bahawa terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi yang kita tidak jangkakan. Contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Khalayak sasaran bagi iklan dalam bentuk perkhidmatan ini adalah golongan dewasa berusia 25 tahun ke atas, telah berumahtangga atau mempunyai kehidupan berkeluarga, berpendapatan sederhana dan ke atas, serta mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam kehidupan.


Iklan dalam bentuk "point of view" ini adalah iklan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena dengan pelancaran kempen anti merokok. Iklan ini memaparkan tag line "TAK NAK! SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH" dengan imej individu yang sedang menghisap rokok.

Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah kepada semua golongan terutamanya remaja serta penghisap rokok tegar dari pelbagai bangsa dan agama. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan pelbagai kempen periklanan supaya masyarakat sedar tentang bahaya merokok serta kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Setiap sedutana asap rokok memberi kesan negatif kepada paru-paru dan terdedah kepada kanser paru-paru. Dengan terhasilnya iklan ini, di harap masyarakat lebih sedar tentang bahaya merokok.

No comments: