Pengguna sasaran terdiri daripada pengguna Maxis yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih daripada Maxis dan mendapat penjimatan yang hebat sehingga 50%.Oleh kerana ia menawarkan perkhidmatan pasca bayar yang memerlukan pengguna mendaftar dan membayar jumlah penggunaan setiap bulan,ia memfokuskan kepada pengguna yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.
Iklan ini berbentuk periklanan produk bagi mempromosikan sesuatu produk.Ia mempromosikan produk gajet berteknologi yang semakin penting bagi pengguna iaitu PenDrive berjenama KLiK.Pengguna sasaranbagi produk ini adalah di kalangan pelajar dan juga pekerja yang memerlukan pendrive untuk menyimpan data.Oleh kerana ia didatangkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 2GB,4GB dan 8GB, ia juga ditujukan untuk pengguna yang gemar menyimpan fail-fail yang besar seperti muzik,filem dan sebagainya.I didatangkan dengan saiz fizikal yang kecil supaya memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.
Iklan ini berbentuk periklanan "point of view"."Save the Manatee Club" merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan penting di dalam memastikan hidupan laut yang semakin terancam mendapat penjagaan yang sewajarnya.Iklan ini mengenai kesedaran alam sekitar dan pentingnya memulihara hidupan laut seperti singa laut, paus biru dan sebagainya.Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah seluruh masyarakat terutamanya pencinta-pencinta alam dan hidupan laut.Selain itu,golongan pengusaha zoo dan 'underwaterworld' juga menjadi sasaran utama iklan ini kerana ia bertujuan untuk memulihara hidupan laut yang hampir pupus supaya dapat meneruskan habitatnya dengan cara yang lebih selamat.Ini kerana di zoo dan 'underwaterworld',hidupan ini mendapat perlindungan dan rawatan secukupnya kerana disitu mempunyai golongan pakar perubatan veterinar yang pastinya akan menjaga hidupan ini dengan baik.
No comments:
Post a Comment