Tuesday, March 25, 2008
EXERCISE 8
Tuesday, March 18, 2008
EXERCISE 7
Pengguna sasaran terdiri daripada pengguna Maxis yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih daripada Maxis dan mendapat penjimatan yang hebat sehingga 50%.Oleh kerana ia menawarkan perkhidmatan pasca bayar yang memerlukan pengguna mendaftar dan membayar jumlah penggunaan setiap bulan,ia memfokuskan kepada pengguna yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.
Iklan ini berbentuk periklanan produk bagi mempromosikan sesuatu produk.Ia mempromosikan produk gajet berteknologi yang semakin penting bagi pengguna iaitu PenDrive berjenama KLiK.Pengguna sasaranbagi produk ini adalah di kalangan pelajar dan juga pekerja yang memerlukan pendrive untuk menyimpan data.Oleh kerana ia didatangkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 2GB,4GB dan 8GB, ia juga ditujukan untuk pengguna yang gemar menyimpan fail-fail yang besar seperti muzik,filem dan sebagainya.I didatangkan dengan saiz fizikal yang kecil supaya memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.
Iklan ini berbentuk periklanan "point of view"."Save the Manatee Club" merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan penting di dalam memastikan hidupan laut yang semakin terancam mendapat penjagaan yang sewajarnya.Iklan ini mengenai kesedaran alam sekitar dan pentingnya memulihara hidupan laut seperti singa laut, paus biru dan sebagainya.Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah seluruh masyarakat terutamanya pencinta-pencinta alam dan hidupan laut.Selain itu,golongan pengusaha zoo dan 'underwaterworld' juga menjadi sasaran utama iklan ini kerana ia bertujuan untuk memulihara hidupan laut yang hampir pupus supaya dapat meneruskan habitatnya dengan cara yang lebih selamat.Ini kerana di zoo dan 'underwaterworld',hidupan ini mendapat perlindungan dan rawatan secukupnya kerana disitu mempunyai golongan pakar perubatan veterinar yang pastinya akan menjaga hidupan ini dengan baik.
Exercise 7
Produk yang diiklankan adalah "VAIO CR35 Notebook PC" berjenama Intel Core 2 Duo Processor T8100. Iklan ini disasarkan kepada individu yang menggunakan teknologi maklumat sebagai satu keperluan untuk pembelajaran mahupun pekerjaan. Produk ini sesuai digunakan oleh pelajar kolej mahupun IPTA berusia 18 tahun ke atas serta sesuai digunakan oleh orang dewasa yang bekerjaya dan berpendapatan sederhana dan ke atas. Sangat sesuai bagi pelajar mahupun orang dewasa yang mempunyai gaya hidup moden dan "trendy" dan mahu kemudahan teknologi komunikasi yang canggih serta mudah dibawa.
Perkhidmatan yang diiklankan ini adalah sebuah organisasi "Nationwide" yang memberi khidmat nasihat insurans dan kewangan kepada masyarakat umum. Ini kerana organisasi ini menganggap bahawa terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi yang kita tidak jangkakan. Contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
Khalayak sasaran bagi iklan dalam bentuk perkhidmatan ini adalah golongan dewasa berusia 25 tahun ke atas, telah berumahtangga atau mempunyai kehidupan berkeluarga, berpendapatan sederhana dan ke atas, serta mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam kehidupan.
Iklan dalam bentuk "point of view" ini adalah iklan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena dengan pelancaran kempen anti merokok. Iklan ini memaparkan tag line "TAK NAK! SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH" dengan imej individu yang sedang menghisap rokok.
Khalayak sasaran bagi iklan ini adalah kepada semua golongan terutamanya remaja serta penghisap rokok tegar dari pelbagai bangsa dan agama. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan pelbagai kempen periklanan supaya masyarakat sedar tentang bahaya merokok serta kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Setiap sedutana asap rokok memberi kesan negatif kepada paru-paru dan terdedah kepada kanser paru-paru. Dengan terhasilnya iklan ini, di harap masyarakat lebih sedar tentang bahaya merokok.
Exercise 6
1) Trackback
Trackback adalah satu daripada tiga jenis linkbacks, merupakan kaedah bagi pengarang web untuk diberitahu atau mendapatkan maklumat dari web apabila seseorang memasuki atau berhubung dengan salah satu daripada dokumen pengarang. Ini membolehkan pengarang mengesan jejak siapa yang memasuki web atau dokumen pengarang untuk membuat rujukan.
Sesetengah perisian program weblog seperti wordpress, movable type, typo dan community server, secara automatik menyokong pingbacks di mana semua artikel yang diterbitkan boleh dipapar apabila diterbitkan.
2) Digg
Digg merupakan laman web popular bagi berita artikel berunsur kemasyarakatan. Meupakan gabungan social bookmarking, blogging dan syndication beserta gaya atau bentuk bukan hirarki, dan kawalan editor yang demokratik.
Ini bermakna laman web dan cerita-cerita baru yang dihantar oleh pengguna akan dipaparkan di muka hadapan laman web melalui user-based ranking system. Digg berbeza dengan sistem editor hirarki yang mana lebih banyak mengetengahkan berita-berita urusan kerja.
3) Tag
Tag merupakan kata kunci yang digunakan untuk mencari maklumat sama ada gambar, peta, video dan sebagainya. Ini membolehkan maklumat yang dicari dikelaskan mengikut kata kunci yang dipilih. Tag biasanya digunakan untuk mencari maklumat dari sumber seperti fail komputer, laman web, imej digital dan internet bookmarks.
4) Typelist
Typelist merupakan satu peralatan untuk menambah dan mengurus penambahan maklumat penting dalam laman web pengguna supaya kelihatan lebih unik dan mempunyai identiti tersendiri pemiliknya. TypePad membolehkan pengguna secara automatik mencipta typelist dalam mana-mana tajuk kegemaran pengguna seperti buku kegemaran, lagu, laman web, blog, atau lain-lain media yang dikehendaki. Dengan adanya typelist, pengguna boleh memberi peluang untuk pelayar internet turut sama berkongsi sebarang tajuk kegemaran pemilik web. Contoh reading typelist adalah title, author, notes dan rating.
Dengan adanya typelist pengguna boleh menambah sebarang item dalam laman web sendiri tanpa sebarang suntingan dalam HTML atau templates.
5) Blogroll
Blogroll merupakan senarai bagi pelbagai blog. Pemilik blog akan menyenaraikan blog-blog kegemarannya di bahagian sidebar pada blog miliknya.
6) Mashup
Mashup merupakan aplikasi web yang menggabungkan data daripada pelbagai sumber kepada satu alat cantuman.
7) Del.icio.us
Del.icio.us adalah perkhidmatan web social bookmarking untuk menyimpan, berkongsi, dan menemukan web bookmarks. Laman ini dijumpai oleh Joshua Schachter pada akhir 2003 dan terdapat dalam yahoo pada 2005.
Del.icio.us menggunakan sistem kata kunci mangikut kategori yang tidak berhirarki, di mana pengguna boleh tag pada setiap bookmarks menggunakan nombor kata kunci secara bebas.
8) Social media
Social media merupakan kepelbagaian aktiviti yang mencantumkan teknologi, interaksi sosial, dan arahan bagi perkataan dan gambar. Social media menggunakan “wisdom of crowds” untuk menghubungkan maklumat dalam usahasama yang pelbagai. Terdapat pelbagai bentuk social media termasuklah internet forums, message boards, weblogs, wikis, podcasts, gambar dan video.
9) Social bookmarking
Social bookmarking adalah kaedah bagi pengguna internet untuk menyimpan, mengatur, mencari, dan mengurus bookmarks bagi laman web di internet dengan bantuan metadata. Bookmarks pula merupakan lokasi laman web (URLs) yang boleh dicapai.
Dalam sistem social bookmarking, pengguna akan menyimpan laman web yang dikehendaki sebagai rujukan atau untk dikongsi dengan pengguna lain. Bookmars biasanya adalah untuk umum, tetapi boleh disimpan untuk tujuan peribadi dan dikongsi dengan pengguna atau kumpulan tertentu dalam satu rangkaian.
10) Social Media Optimization (SMO)
Social media optimization (SMO) merupakan satu set kaedah untuk menyampaikan satu pengumuman atau publisiti dalam laman melalui social media, komuniti online, dan laman web komuniti. Kaedah dalam SMO termasuklah menambahkan RSS feeds, menambahkan butang “Digg This”, blogging, video dalam youtube dan sebagainya.
Sunday, February 24, 2008
EXERCISE 6
Ia merujuk kepada teknik pemasaran yang menggunakan rangkaian sosial yang wujud terlebih dahulu untuk menghasilkan peningkatan dalam kesedaran ke atas produk, melalui proses 'self-replicating viral', serupa atau sama dengan penyebaran virus komputer dan patologikal. Ia boleh melalui penyampaian dari mulut ke mulut atau melalui efek rangkaian di dalam Internet. Ia juga merupakan fenomena pemasaran yang mudah dan menggalakkan manusia untuk menyebarkan mesej pemasaran secara sukarela. Promosi 'viral' terdiri daripada format klip video, game interaktif Flash, 'advergames', e-buku, 'brandable software', imej mahupun mesej berbentuk teks.
2) BUZZ MARKETING
Ia merupakan teknik 'viral marketing' yang cuba untuk membuat setiap pertembungan dengan pelanggan dipaparkan dengan lebih unik, pertukaran maklumat yang mengambilkira koreografi pemasaran yang lebih spontan daripada pengiklan yang profesional. Pengiklan hanya mendedahkan maklumat tentang produk atau servis kepada beberapa 'knowing people' di dalam sasaran pengguna. Ia bertujuan supaya perbualan yang diadakan oleh 'knowing people' ini akan mempengaruhi rangkaian mereka seperti kawan-kawan dan keluarga mereka. 'Knowing people' ini secara sukarelanya akan menyebarkan maklumat berkenaan produk secara kempen mulut ke mulut dan sekaligus mampu mempengaruhi rangkaian mereka untuk membeli produk atau servis tersebut.
3) VBLOG
Ia merupakan singkatan kepada 'video blog' di mana blog tersebut menggunakan video sebagai mediumnya. Ia bertentangan dengan turutan kronologi yang biasa dan ia selalunya merupakan kombinasi video atau pautan video yang disokong oleh teks, imej dan metadata yang lain. Ia selalunya mengambil kesempatan ke atas 'web syndication' untuk membenarkan pengagihan video melalui Internet dengan menggunakan RSS atau 'Atom syndication formats' untuk agregrasi automatik dan main semula di peranti telefon bimbit dan komputer peribadi. Kebanyakan vbolg adalah usaha kerjasama dan majoritinya dipunyai oleh individu.
4) PODCASTING
Merupakan koleksi fail media digital yang diagihkan melalui Internet, selalunya menggunakan 'syndication feed' untuk di main semula di 'portable media players' dan komputer peribadi. Terma seperti 'radio' boleh dirujuk samada untuk kandungan itu sendiri ataupun untuk kaedah di mana ia adalah bersindiket. Hos atau pengarang selalunya dipanggil 'podcaster'. Ia adalah satu jaringan berpangkalan yang sederhana. Leretan suara (kebanyakannya dalam bentuk atau format MP3) yang dibuat boleh didapati dalam talian di mana ia membenarkan perisian secara automatik untuk mengesan ketersediaan leretan baru (umumnya melalui RSS), dan muat turun leretan untuk kemudahan pengguna.
5) CONTENT CASTING
Ia merupakan beberapa teknik yang membenarkan pengguna mendapatkan kandungan multimedia melalui Internet dengan menggunakan komputer. Kandungan tersebut seterusnya boleh dilihat menerusi komputer ataupun peranti mudah alih seperti iPod. Jenis Content Casting yang boleh ditemui adalah seperti:
1) Kandungan pendidikan dan tutorial
2) Berita dan kandungan penerangan disediakan oleh Universiti
3) Kandungan hiburan disediakan oleh Universiti
4) Diarkibkan kandungan universiti (pendidikan, hiburan, atau ehwal khas)
6) WOMM
Ia merupakan singkatan daripada 'Word of Mouth Marketing' yang merujuk kepada penyebaran maklumat melalui lisan terutama sekali bagi cadangan dan kadangkala ia merupakan maklumat umum yang tidak formal melalui individu ke individu. Ia biasanya boleh dianggap sebagai komunikasi interpersonal samada melalui perbualan telefon, penghantaran SMS dan dialog web seperti 'online profile pages', blog posts', 'message board threads','instant messages' dan emel. WOMM juga dikenali sebagai 'buzz marketing' atau 'virtal marketing'. Disebabkan oleh tabiat semulajadi di antara komunikasi antara individu, ia mempercayai bahawa maklumat produk yang dikomunikasikan dengan cara ini mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi. Individu lebih cenderung mempercayai WOMM daripada format promosi yang lain kerana komunikator lebih bersifat jujur dan tidak mempunyai niat yang tersembunyi.
7) WIDGET
Merupakan sebahagian daripada terma GUI (Graphic User Interface) yang membenarkan pengguna untuk bersemuka dengan aplikasi dan sistem pengoperasian. Ia turut memaparkan maklumat dan menjemput pengguna untuk bertindak dalamn pelbagai cara. Diantara 'widget' termasuklah butang arahan, kotak dialog, 'pop-up windows', ' pull-down menu', ikon-ikon, 'scroll bars', 'resizable windows edges', 'progress indicator', kotak pilihan, tetingkap, 'tear-off menus', 'menu bars', 'toggle switches' dan borang-borang.
8) BLIGET
Ia merupakan senarai bagi item-itemyang menjadi pilihan pengguna. Pengguna boleh mencipta dan berkongsi topik kegemaran mereka dengan pengguna yang lain di dalam komuniti 'bligets' dengan menggunakan laman web atau blog pengguna.Pengguna boleh mencipta topik mengikut minat dan kegemaran mereka.
9)CHICKLET
Butang 'feed ' selalunya mengandungi 'feed reader logo' dan mengandungi blog yang spesifik atau membekalkan maklumat yang ingin dicapai. Ianya dikodkan untuk memudahkan pengguna membekalkan maklumat. Berikut merupakan contoh 'chicklet':
10) BUZZTRACKER
Ia mengandungi 5 elemen. Elemen pertama dipanggil 'Most Blogged' yang menganalisis blog-blog yang popular untuk mengenalpasti blog yang mempunyai topik yang khusus. Elemen ini merupakan proksi yang hebat untuk 'wisdom of the crowd' untuk mengenalpati terma apa yang penting di dalam sesuatu topik. Elemen seterusnya ialah'Latest News' yang menyediakan topik yang relevan mengikut turutan.
Thursday, February 14, 2008
EXERCISE 5
Banner ini akan dipautkan terus ke laman web www.neverblueads.com dimana ia menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menambahkan pendapatan mereka secara online dengan cara yang mudah.